BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Saya nak tahu tentang hukum najis anjing. Begini, rumah sewa yang kami duduk ini tiada pagar. Satu hari selepas pukul 12 pagi, saya ada diruang tamu, terdengar bunyi anjing yang kuat sangat dibahagian beranda rumah. Dan anjing tersebut melanggar barang yang saya tak pasti barang apa. Di situ ada robok kasut yang sering menjadi tempat tidur stray cat. Kemungkinan anjing ternampak kucing-kucing tersebut ke tidak saya tak pasti sebab saya ada dalam rumah. Bila buka pintu tiada dah anjingnya. Jadi tak nampak anjing buat apa, pijak dimana. Persoalannya disini, anjing datang dalam keadaan hujan. Jadi ada beberapa tompok air yang disyaki tapak kaki anjing, dilantai. Setelah saya check, tong sampah hitam khas untuk beranda ni juga ada kesan air. Macam terselet gitu. Kemungkinan anjing terlanggar dan bergesel dengan tong tersebut. Barang lain saya tak pasti anjing langgar atau tak. Jadi perlu atau tak saya sertu lantai dan tong sampah? Barang lain yang disyaki dilanggar tu perlu sertu tak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana situasi berlaku hanya dalam sangkaan sahaja kerana saudara sendiri tidak pasti dan tidak nampak, maka tiada keperluan untuk disertu barang-barang tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 509

message user image