BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada beberapa pertanyaan: (1) “syurga di bawah telapak kaki suami” hadis sahih, daif atau palsu? (2) Adakah berdosa jika enggan dan bertekad tidak akan berkahwin kerana terlalu takut dengan hadis : “Dan aku pun berdiri di depan pintu neraka maka tiba-tiba ramai yang memasukinya ialah kaum wanita.” (Hadith riwayat Bukhari & Muslim) hadis ini kemudian ditujukan kpd isteri yang tidak mentaati suami. Bertekad tidak akan mencari pasangan kerana yakin tidak dapat mentaati setiap permintaan suami jika berkahwin (3) Mengapa terlalu banyak hadis yang menakut-nakutkan dan menjatuhkan wanita? (4) Adakah wanita dalam islam dilahirkan sebagai seorang pendosa (sinner), fitnah dunia dan hamba kepada lelaki/suami?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Kenyataan tersebut bukanlah hadith. 2. Hukum asal perkahwinan itu adalah harus sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Walau bagaimanapun, hukum berkahwin itu boleh jadi wajib, sunat, makruh dan haram. Justeru tidaklah berdosa jika yakin tidak mampu memikul tanggungjawab selepas berkahwin kelak. Namun, jika ada jodohnya yang baik maka, berkahwinlah. Jika tidak mahu terjerumus ke dalam neraka, sebagaimana hadis yang dinyatakan, para isteri hendaklah taat kepada suaminya, dan ketaatan itu mestilah pada perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT. Para isteri tidak wajib taat jika suami menyuruh melakukan perkara dosa dan maksiat serta perkara yang melanggar perintah Allah. 3. Asasnya adalah patuh dan taat kepada perintah Allah dan jauhilah segala laranganNya baik lelaki mahupun perempuan. Allah itu Maha Adil. Siapa yang melanggar perintah Allah, maka dialah yang berdosa dan menerima balasan masing-masing di atas perbuatan yang dilakukannya. Jangan salah faham tentang hadis-hadis tersebut, kerana Islam juga mengangkat darjat dan martabat wanita. Justeru, pelajarilah ilmu agama dari guru yang bertauliah. Banyak juga hadis menyebut tentang ganjaran syurga jika melakukan kebaikan dan taat kepada suami. 4. Dalam Islam wanita tidak dilahirkan sebagai seorang pendosa, fitnah dunia dan hamba kepada lelaki/ suami. Fahaman ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 192

message user image