BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam Sejahtera.. Saya ingin menanya, bapa saya sudah meninggal dalam keadaan Islam. Manakala isteri ayah yang pertama serta anak² perempuannya belum memeluk Islam. Adakah secara automatik isteri pertama ayah sudah diceraikan kerana dia bukan islam?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudari, mengikut hukum Islam, perkahwinan yang dilangsungkan sebelum Islam sah sekiranya kedua-duanya (suami isteri) memeluk Islam. Dalam situasi dimana isteri tidak memeluk Islam, perkahwinan itu akan terbubar secara automatik, kerana syarat perkahwinan dalam Islam ialah suami dan isteri mestilah terdiri daripada mereka yang beragama Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 86

message user image