BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Apakah hukum menjual barang kemas yang dijumpai Dan bagai Mana nak gantikan semula?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, Luqatah ialah harta ataupun barang dijumpai di suatu tempat yang tidak diketahui pemiliknya, tiada tanda-tanda di dalam jagaan atau tidak berada di tempat yang lazimnya harta atau barang itu berada, sama ada ia hilang daripada pemiliknya disebabkan tercicir ataupun terlupa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab RA: “Saya menemui satu uncang yang berisi serratus dinar dan saya pergi untuk menemui Nabi SAW lalu baginda bersabda: “Umumkan tentangnya selama setahun.” Namun tiada siapa yang mengenalinya kemudia saya pergi bertemu baginda lagi. Baginda bersabda: “Umumkanlah selama setahun, sehingga tuannya datang. Jika tiada yang datang engkau gunalah.” Lalu saya pun menggunakannya.” (Riwayat al-Bukhari) Berkaitan harta luqatah ini, perkara yang penting untuk dilaksanakan adalah: i. Mestilah berazam untuk menjaga dan memulangkan semula barang yang dijumpai tersebut sekiranya dituntut. ii. Membuat hebahan kepada orang ramai di kawasan yang dijumpai selama setahun. iii. Sekiranya di dalam jangka waktu itu tidak ada orang yang menuntut maka ia dibenarkan untuk menggunakannya dan sanggup untuk membayarnya kembali sekiranya ia dituntut. Lebih mudah berkaitan dengan harta luqatah ini diserahkan kepada Majlis Agama Negeri-negeri khususnya di Selangor yang bertindak sebagai pemegang amanah kepada harta luqatah sehingga pemiliknya hadir untuk menuntut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 91

message user image

Fatal error: Uncaught yii\web\HeadersAlreadySentException: Headers already sent in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 437. in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php:373 Stack trace: #0 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php(346): yii\web\Response->sendHeaders() #1 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/ErrorHandler.php(136): yii\web\Response->send() #2 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/base/ErrorHandler.php(288): yii\web\ErrorHandler->renderException() #3 [internal function]: yii\base\ErrorHandler->handleFatalError() #4 {main} thrown in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 373