BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt ustaz yg dirahmati Allah swt. Apakah Maksud dan hukum melangir keris dan menggunakan "Zatullah" (Zat Allah) di dalam persilatan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, terdapat 3 perkara yang menjadi persoalan iaitu; i. Melangir keris ii. Menggunakan zat Allah iii. Persilatan Melangir keris, merupakan kaedah penjagaan supaya tidak rosak. Maka hukumnya adalah harus. Bagaimanapun, jika kaedah tersebut dimasukkan unsur kepercayaan bagi mengekalkan fungsinya dari segi baik buruknya atau kekuatan dan kejahatan hingga menjejaskan aqidah adalah dilarang (haram). Dari segi menggunakan zat Allah, ia merupakan suatu persoalan yang berat. Tiada siapa yang mampu mengetahui zat Allah. Umat Islam dilarang memikir zat Allah. Jadi bagaimana ia boleh mendakwa menggunakan zat Allah. Justeru, ia adalah dilarang kerana boleh menyelewengkan aqidah. Persilatan. Jika persilatan tersebut hanya sebagai suatu riadah atau budaya yang bebas daripada sebarang unsur kebatinan, ia adalah harus. Tetapi jika sebaliknya, ia juga dilarang kerana boleh menjejaskan pegangan aqidah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 210

message user image