BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. Ustaz, sy ada satu kemusykilan mengenai satu perkara. Begini, baru² ni viral tentang design barang kemas daripada brand Van Cleef & Arpel yang dikatakan menyerupai salib. Dan ada pula yang berpendapat ia berbentuk 4 leaves clover. Tetapi ada juga yang mengatakan ia adalah bentuk generic yg disebut sebagai quatrefoil Dan menurut pembacaan saya daripada pengalaman seorang traveler, beliau memberitahu bahawa ciri Islam) Corak ini penuh dipelusuk istana Alhambra pada pertengahan abad ke-13 oleh emir Nasrid Mohammed ben Al-Ahmar dari Emirat Granada, beliau yg membina istana dan temboknya sekarang dengan intricate details. Ia diubah menjadi istana kerajaan pada tahun 1333 oleh Yusuf I, Sultan Granada Corak geometri kemudian di tiru oleh Van Cleef & Arpel. Van cleef & arple merujuk gelang ini adalah inspire dr geometric of Alhambra Palace di Granada. Tetapi corak ini juga banyak ditemui pada binaan di rumah agama lain seperti gereja Soalan saya 1. Bolehkan kita memakai barang kemas tersebut? 2. Apakah hukum memakai sesuatu yang mungkin melambangkan sesuatu bagi agama lain (4 leaves clover) sebagai perhiasan atau motif tanpa niat memuliakan ia seperti agama lain. Ini kerana bunga rose merah juga ada melambangkan sesuatu bagi agama Kristian, tetapi tidak pernah dengar tidak boleh pakai perhiasan yang ada motif rose merah. 3. Jika sesuatu geometri pattern itu dijumpai dalam simbol agama lain adakah kita tidak boleh menggunakannya langsung?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dan berpandukan kepada laman web https://www.vancleefarpels.com, reka bentuk barangan kemas tersebut tidak diadaptasi daripada lambang salib bagi penganut kristian. Reka bentuk tersebut boleh diandaikan dengan pelbagai bentuk termasuklah 4 kelopak bunga atau dinamakan sebagai “alhambra” oleh syarikat tersebut. Tiada larangan secara mutlak bagi penggunaan barang kemas atau apa sahaja yang terzahir bukan atas maksud mengagungkan salib seperti tanda campur (+) atau bentuk-bentuk lain yang seakan-akan menyerupai lambang salib. Walau bagaimanapun, haram jika pemakai tersebut memang mengandaikan bahawa bentuk tersebut sebagai salib sama ada niat mengagungkan atau tidak. Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda; مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Maksudnya : “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud) Hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut, maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Begitu juga, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 555

message user image