BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya nak tanya tentang situasi seperi berikut. Ayah saya punyai dua orang isteri. ISTERI 1 ada anak lelaki & ISTERI 2 ada anak lelaki dan wanita. Kemudian, ayah saya ambil anak angkat perempuan menetap bersama ISTERI 1 dan ISTERI 2 menyusukan bayi itu (cukup syarat jadi anak susuan). Soalan saya, apakah hukum anak lelaki ISTERI 1 dan anak susuan ISTERI 2? Adakah muhrim atau tidak dan bolehkah anak lelaki ISTERI 2 menjadi wali nikah kepada anak susuan ini. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Hukum anak lelaki kepada isteri 1 ayah dengan anak susuan perempuan isteri 2 tersebut adalah bukan mahram. Ia hanya menjadi mahram kepada adik-beradik susuannya sahaja iaitu anak-anak isteri 2. 2. Manakala anak lelaki isteri 2 tidak boleh menjadi wali kepada adik perempuan susuannya. Ini kerana tidak ada persamaan nasab diantara keduanya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 82

message user image