BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum asatizah Jabatan Mufti Selangor.

Soalan.

1. Apakah itu tariqat muktabarah dan bagaimanakah hukum menyertai tariqat?


message user image

Jawapan  

  وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, tarikat adalah jalan menuju kepada Allah S.W.T untuk mendekatkan diri kepadaNya dan mendapat keredhaan daripadaNya, yang berasaskan panduan syara', dari segi aqidah, syariat dan akhlak.

Dikatakan tarikat muktabar  kerana ia dibawa oleh mereka yang berautoriti, ajaran dan amalannya mempunyai sanad (hubungan) yang terpelihara hingga kepada Rasulullah S.A.W. Ia bersifat soheh, murni dan bebas daripada sebarang penyelewengan.

Hukum menyertai tarikat pada asasnya adalah harus kerana ia merupakan satu cara untuk mencapai darjat (maqam) taqwa yang tinggi kepada Allah S.W.T. Sayugia dingatkan, oleh kerana banyaknya kumpulan tarikat yang ada dalam masyarakat, maka perlulah menilai satu-satu kumpulan tarikat yang kita ingin ceburi.

Disamping itu, lengkapkan diri dengan kefahaman aqidah, syariat dan akhlak supaya menapis kesahihan sesuatu tarikat dan terhindar daripada tarikat yang menyeleweng. Langkah ini perlu untuk mengelakkan daripada tersalah ikut, yang susah untuk ditinggalkan, lebih-lebih lagi apabila sudah membuat baiáh seperti yang biasa dilakukan. 

Rujuklah fatwa-fatwa mengenai tarikat untuk dijadikan panduan. Ini kerana tarikat tidak hanya memberi tumpuan kepada persoalan zahir sesuatu ibadat seperti dari segi sah dan batalnya berdasarkan syarat rukunnya, tetapi dari segi batin/hakikat seperti keihlasan dan kekhusukan serta kesucian hatinya, sehingga hubungan dengan Allah S.W.T sentiasa terjalin, lantas sentiasa bertaubat bukan kerana kesalahannya tetapi sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat kurniaanNya. Sentiasa bermujahadah untuk menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 187

message user image