BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,sy shikin sy ada soalan mahu bertanya tentang ilmu gerak rasa bapak baginda muchtar. 1. Ilmu ini dikatakan ilmu paling tinggi diantara ilmu yg lain. 2. Ilmu ini dikatakan seseorg itu bagai dilahirkan smula setelah d buka jalan syahadah 3. Sesiapa yg di buka jalan syahadah ini boleh bersentuhan dgn yg bukan mahram atas alasan mereka seperti ibu dan anak yg dilahirkan semula oleh org yg membuka jalan 4.sesiapa yg amalkan ilmu ini sehingga kenal diri sendiri mereka tidak perlu solat sperti org awam(mereka memanggil org awam itu org yg mengamalkan ilmu syariat) 5.org yg mngamalkn ilmu ini tidak perlu membayar zakat spertimana org yg mengamalkan ilmu syariat. Soalan sy adakah ilmu ini ilmu sesat? Terima kasih diatas jawapan pihak mufti.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, setakat ini belum ada fatwa di selangor yang memutuskan samaada ajaran Ilmu Gerak Rasa Bapak Baginda Muchtar ini benar ataupun sebaliknya. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada beberapa ciri-ciri ajaran yang dinyatakan ia termasuk dalam ciri-ciri ajaran sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar iaitu: SUDUT AKIDAH Mendakwa sebagai insan ma’sum : “Ilmu ini dikatakan seseorang itu bagai dilahirkan semula setelah dibuka jalan syahadah”. SUDUT SYARIAH Menghalalkan sesuatu dalam syariat Islam : “Sesiapa yang dibuka jalan syahadah ini boleh bersentuhan dengan yang bukan mahram...” SUDUT AKHLAK Mendakwa tidak perlu mengikut syariat sekiranya tasawwuf telah sempurna : “Sesiapa yang amalkan ilmu ini sehingga kenal diri sendiri tidak perlu solat seperti orang awam...” Sekiranya terdapat bukti menunjukkan pengamalan ajaran ini, pihak puan boleh salurkan maklumat berikut kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Negeri yang berdekatan bagi pemantauan dan tindakan ke atas pengikut ajaran tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 161

message user image