BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum sya nk bertanya kalau kita main game yng ada unsur syirik di dalam tu adakah pemain game tersebut dijatuhkan hukum syirik kepada allah sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, sesungguhnya hukum asal kepada permainan video ini adalah harus, dan hukum asal ini (harus) akan bertukar menjadi haram jika terdapatnya sebarang unsur yang boleh menjadikannya haram. Oleh kerana permainan tersebut ada unsur syirik, maka ia melibatkan isu aqidah. Agama Islam telah mengajar kita untuk menutup pintu bagi setiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya besar, khasnya kepada aqidah umat Islam. Apatah lagi jika permainan seperti itu dimainkan oleh kanak-kanak dan para remaja yang mana di dalam usia mereka itu sangat mudah untuk terpengaruh dengan berbagai perkara. Walaupun ia sekadar sesebuah permainan video berbentuk animasi, fantasi dan tiada berkait dengan kehidupan realiti. Namun perlu diingat, game juga mampu dan boleh menjadi wasilah untuk menyemai perkara-perkara negatif (melalaikan) apatah lagi ia berkait rapat dengan akidah. Justeru, permainan yang ada kaitan dengan perkara syirik adalah haram dan hendaklah dijauhi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 228

message user image