BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum ustaz. saya nk bertanya..mengenai anak luar nikah..kawan saya telah terlanjur bersama seorang lelaki..dan dia mnyedari kandungan nya sudah 5 bulan..tetapi dalam masa itu..dia tidak berhubung lagi dengan lelaki tersebut..dia bersama lelaki yang lain..dan lelaki yang baru ini..mahu bertanggungjawab dan menerima kawan saya seadanya...mereka telah pun dinikahkan..Apakah hukum bagi ank luar nikah itu jika bayi itu perempuan dari segi aurat..kalau di bintikan dan semua yg berkaitan lah dengan bukan bapa kandungnya..bukan bapa biologinya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari; 1. Aurat anak tidak sah taraf dengan ibunya, disebabkan nasabnya adalah kepada ibu yang mengandungkan, maka ibunya dan keluarga ibunya adalah mahram, tidak wajib untuk menutup aurat. Manakala aurat dengan bapanya adalah sebaliknya. 2. Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. 3. Anak tak sah taraf tidak boleh menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali. 4. Anak tak sah taraf tidak boleh menjadi wali adik-beradik perempuannya kerana wali hanya daripada kerabat/nasab bapa sahaja. 5. Anak tak sah taraf tidak boleh pusaka dan mempusakai harta. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image