BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Untuk seorang veterina yg merawat anjing. Baju yg terkena darah perlu di sertu 1)Tanah yg digunakan dimasukkn dalam satu bekas lalu dimasukan air dan airnya dicurahkan ke baju. Boleh tak tanah yang tertinggal dalam bekas tu diulang pakai lagi atau ada had berapa kali? 2) Baju kerja veterina yg tidak disamak (kepunyaan org bukan islam) yg sudah dibasuh dan kering, dilipat dan ditindan dengan baju kerja yg telah suci. Perlu tak baju yg suci tu disamak sekali lagi? 3) baldi dan berus yg diguna utk sertu baju yg kotor dengan darah anjing, perlu ke disertu sebab baldi dan berus tu diguna untuk baju lain juga, bagaimana lantai bilik air, perlu juga ke disertu setiap hari selepas cuci baju, kadangkala baju dicuci berulang kali sehari kerana selalu kena kesan anjing. Harap sudilah menjawab.


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, jawapan bagi setiap persoalan adalah seperti berikut;

1: Jika proses sertu dengan kaedah mencurahkan air tanah ke baju, maka tanah tersebut boleh diulang guna selagi mana ada unsur tanah, dengan syarat baki tanah tersebut boleh mengubah warna air mutlak.

2: Najis yang kering tidak memindahkan sifatnya kepada sesuatu yang kering, kerana najis hanya berpindah ketika bersifat lembap yang sederhana. Oleh yang demikian, baju yang telah disertu dan ditindan bersama baju yang bernajis (dalam keadaan kering) tidak perlu disertu sekali lagi.

3: Dalam proses sertu, mana-mana alat dan tempat yang berkait ketika proses tersebut hendaklah disertu bersama sekali ketika mana membasuh pakaian tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 564

message user image