BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apa yang kita perlu buat kalau kita terdengar ada seseorang yang mendoakan orang yang dia tidak sukai murtad? Dan apa pula yang akan terjadi kepada orang yang didoakan agar murtad itu?Adakah dia akan murtad?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, mendoakan keburukan kepada orang lain itu dilarang dalam agama, kita diperintahkan untuk mendoakan kebaikan kepada sesama muslim bahkan orang kafir dengan mendoakan hidayah untuk mereka. Namun atas sesuatu sebab seperti kita dizalimi atau seumpanya, maka boleh kita meminta kepada Allah untuk membalas kejahatan orang lain, meskipun itu makruh tapi secara umum masih lebih baik dari pada kita sendiri yang berusaha untuk membalasnya. Dan kalau kezaliman itu menyangkut kepentingan umum apalagi agama, hukumnya tidak makruh lagi. Orang yang didoakan murtad itu, tidaklah menjadi murtad dengan sebab doa tersebut, kecuali orang tersebut melakukan perkara-perkara yang boleh dihukumkan murtad oleh Islam. Kami berpandangan, puan bolehlah menasihati orang tersebut agar mendoakan sesama Islam dengan doa yang baik-baik. Itu adalah lebih baik kerana mudah-mudahan dengan doa yang baik tersebut akan menjadi asbab kebaikan kepada orang yang tidak disukai tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 268

message user image