BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya pelajar PhD dalam bidang kejuruteraaan elektrik. Dalam bidang saya terdapat bidang reinforcement learning, di mana penyelidik membuat algorithm untuk komputer belajar main games komputer secara trial-and-error. Aplikasi ini termasuk untuk robotik dan automation. Dalam bidang ini, ada software yang dikira standard untuk menjalankan research ini, iaitu OpenAI Gym. https://github.com/openai/gym Software ini mengandungi pelbagai simulator robot dan games. Games adalah games Atari masa 90-an https://gym.openai.com/envs/#atari Masalah saya pada games dalam software ini, ada games yang nampak normal seperti Pong, Breakout, tetapi disertakan juga game lain yang melibatkan perkara syirik seperti Montezuma Revenge, dimana pemain boleh mengambil amulet tangkal untuk menjadi kebal. Terdapat games lain yang berkait syirik seperti Wizard of Wor, di mana ada wizard dalam game ini. Apakah hukum main games sedemikian, games yang melibatkan perkara syirik? Apakah hukum menjalankan research dengan menggunakan software itu dan games tersebut? Adakah dikira syirik sebenar? Adakah dikira betul2 membawa tangkal? Adakah batal iman?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, selaku penyelidik saudara harus menggunakannya lebih-lebih lagi bagi matlamat pembelajaran “reinforcement learning”.Game dan juga robotik merupakan aplikasi dan teknologi baharu dalam kehidupan yang diperlukan oleh manusia dan boleh membawa manfaat, asalkan bagi kegunaan yang baik, tidak disalah gunakan termasuk ketagihan, lebih-lebih lagi jika kandungannya mempunyai nilai-nilai negatif seperti perjudian, sesuatu ideologi atau pegangan agama yang bercanggah dengan Islam. Hukumnya jika melalaikan, lebih-lebih lagi melibatkan perkara syirik adalah dilarang. Research menggunakan software tersebut, yang bertujuan mengenalpasti dan membezakan yang baik atau buruk adalah harus. Jika diyakini boleh membawa kepada syirik dan membatalkan iman, maka perlu taubat nasuha.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 173

message user image