BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum mufti...Saya nak tanya apakah hukum dgr subliminal?Adakah ianya haram dan adakah ianya berkaitan dengan pertolongan jin dan syaitan?semoga soalan saya ini di balas dengan segera...terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, subliminal adalah sesuatu perkara yang di bawah sedar dan di luar kawalan pemikiran kita. Sesiapa yang mengalami gangguan subliminal sebaiknya rujuk kepada pakar psikologi untuk mendapatkan bantuan dan rawatan bagi membantu mengatasi apa yang dihadapinya. Adalah menjadi kebimbangan sekiranya suara-suara yang didengar melalui gangguan subminal tersebut boleh membawa kepada tindakan tanpa sedar yang boleh membahayakan dirinya. Ia juga suatu perkara yang sukar untuk memastikan sama ada, perkara yang dilaluinya terdapat hubung kait dengan pertolongan jin atau syaitan. Oleh itu, disarankan supaya individu yang berkenaan perlu dapatkan bantuan atau rawatan sebelum keadaan menjadi lebih parah sehingga membahayakan kesihatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 157

message user image