BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya menghadapi masalah haid,umur saya 53 tahun.dahulu tempoh haid saya 7 hari, beberapa tahun kebelakangan ini haid saya 9 hari (yakin darah haid) masuk hari ke 10-15 ada lendir keputihan jernih +coklat,/pink,/kuning dan tidak berbau..saya jadi was-was waktu ini,dan saya solat juga..masuk hari ke 25 saya datang haid lagi (rutin tetap setiap bulan) Soalan saya,adalah haid sy hari 1-10,11-25 dikira suci walaupun ada kadang-kadang cecair berwarna hingga hari ke 15 itu darah penyakit? minta penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, sekiranya pada hari ke 10 sehingga hari ke 15, masih lagi kedapatan lendir yang bercampur dengan warna coklat/pink/kuning, ia menandakan haid puan masih belum kering dan masih lagi dalam tempoh haid. Pada ketika ini puan masih lagi belum suci dan masih dalam keadaan berhadas besar. Apabila masuk hari ke 16 walaupun masih ada lagi lendir yang bercampur warna coklat/pink/kuning ia adalah darah penyakit (istihadhah) dan puan perlu mandi wajib dan boleh untuk solat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 282

message user image