Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz, saya terdapat kemusykilan berkaitan dengan perbuatan sesetengah anak muda zaman sekarang yang melakukan solat jemaah melalui video call atau live streaming adakah sah solat tersebut dan bagaimana pula dengan pahala solat jemaah adakah dikira? Mohon pencerahan , terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, solat tersebut adalah tidak sah dan tiada pahala jemaah bagi mereka. Bahkan perlu mengqada’kan semula solatnya. Ini kerana syarat sah al-iqtida’ (mengikut imam / berjemaah) ialah imam dan makmum berada dalam satu tempat yang sama. Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani ada menyebutkan di dalam kitab Matla’ al-Badrain Wa Majma’ al-Bahrain antara syaratnya juga ialah:
Sekian, terima kasih.