BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,Sy hendak tahu amalan pagar rumah mengguna bahan spt paku.ada Ustaz kata harus.ada kata syirik sbb guna jin


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, Jika kegunaan paku sebagai petua (kaedah) yang bebas daripada sebarang kepercayaan adalah harus. Tetapi jika mempercayai kepercayaan paku yang telah dijumpai (sihir) mempunyai kekuatan ia boleh jatuh kepada syirik. Sebaiknya gunakan kaedah dengan membacakan Al-Quran. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda; لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُم مَقَابِرَ, إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُوا مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ البَقَرَةِ Maksudnya: “Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.(Riwayat Muslim dan al-Nasaie) فَمَا الَّذي يُجِيرُنَا مِنْكُمْ؟ قَالَ: هَذِهِ الآيَةَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ, ثُمَّ غَدَا أُبَيٌّ إِلَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: صَدَقَ الْخَبِيثُ Maksudnya: “Apakah yang dapat melindungi kami daripada gangguanmu?” Jin tersebut berkata: “Ayat ini, iaitu Ayat Kursi.” Keesokan harinya, Ubai menceritakan apa yang dikatakan oleh jin tersebut kepada Nabi SAW, maka Nabi SAW bersabda: “Jin itu benar”. (Riwayat al-Nasaie) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 184

message user image