BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Kira2 20 tahun dulu, seorang kenalan saya pernah pergi ke tokong cina utk dapatkan nombor ekor. Dia buat ini kerana tertekan dengan kesempitan setelah hilang pekerjaan. Dia tidak pegang colok spt cina sembahyang. Yg pegang colok dan sembahyang adalah seorang cina yg ada disitu. Dia cuma niat dlm hati minta nombor ekor. Beberapa minggu kemudian dia bertaubat kerana rasa bersalah. Dlm tempoh 20 tahun ni dia pernah pergi umrah, buat haji, bersedekah dan infaq sana sini, solat tak tinggal, sentiasa solat sunat dan solat malam. Baru2 ni dia ada tonton satu video tentang dosa2 besar. Menurut penceramah, dosa syirik dia kena syahadah semula. Soalan: 1. Utk syahadah semula boleh kah dia buat sendirian atau perlu pergi ke pejabat agama? 2. Bagaimana status perkahwinan, adakah terbatal dan perlu nikah semula? 3. Kalau perlu nikah semula perlukah dibuat spt biasa iaitu perlu ada wali? 4. Apakah status amalan dia selama ini iaitu sejak dia akil baligh hingga sekarang? 5. Adakah apa cadangan yg perlu dia buat supaya dia kembali semula kpd islam dan diampuni Allah swt?. Terima kasih, wassalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jelas beliau telah melakukan perbuatan yang dilarang tetapi tidaklah sampai kepada syirik kepada Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut tidaklah mengeluarkan dia sebagai seorang Islam. Justeru, dosa tersebut tidak menyebabkan sebarang kesan terhadap perkahwinannya. Perbuatan tersebut juga telah lama berlalu dan beliau telah bertaubat kepada Allah SWT. Banyakkan beristighfar kepada Allah dan tidak sekali-kali mengulangi lagi perbuatan tersebut. Dekatkan diri kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga Allah mengurniakan rahmatNya dengan kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. Sekian, terima kasih والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 188

message user image