BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamulaikum. 1) Adadakah jatuh talak kalau suami menulis di kertas dan lafazkan seorang cth " Aku ceraikan kau talak 1 "tanpa sebarang saksi yg mendengarnya 2) Selepas lafaz tersebut , suami menyesal dan lafaz rujuk seorang diri " aku rujuk balik" tanpa sebarang saksi yg mendengarnya .. adakah sah rujuk tersebut? Kedua situasi di atas berlaku seorang diri sahaja ...tanpa isteri dan org ketiga mendengar lafaz tersebut


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz cerai yang dilafazkan seorang diri adalah sah. Manakala menceraikan isteri secara tulisan termasuk di dalam kategori menceraikan isteri secara kinayah. Talak jenis ini akan jatuh jika disertai dengan niat. Ini bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59, talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mel dan sebagainya merupakan talak secara kinayah dan ianya adalah sah sekiranya disertai dengan niat. Semua penceraian hendaklah dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk mensabitkan talak tersebut. Sehubungan itu, perceraian tersebut hendaklah dimaklumkan kepada pihak isteri dan hendaklah dikemukakan kepada pihak Mahkamah Syariah untuk tindakan selanjutnya. Sebarang persoalan lanjut saudara boleh dapatkan khidmat nasihat dan kaunseling di Unit Undang-Undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 63

message user image