BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Pada Oktober/November 2020 ini, Perancis telah menghina Nabi Muhammad SAW. Apakah hukum saya memohon kerja/bekerja di syarikat yang berpengkalan di Paris,Perancis?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum bekerja di syarikat yang berpengkalan di Perancis adalah harus dengan syarat seperti berikut: 1) Pekerjaan tersebut tidak haram di sisi syara’ 2) Sentiasa menjaga adab dan batas pergaulan 3) Pekerjaan tersebut tidak menghalang atau menjejaskan sebagai orang Islam seperti menunaikan kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya. Hukum harus tersebut berasaskan kepada aktiviti perniagaan. Apabila aktiviti perniagaan itu tidak melibatkan perkara haram, maka hukum bekerja dalam syarikat tersebut adalah harus. Jika aktiviti perniagaan melibatkan perkara haram, maka hukum bekerja dalam syarikat tersebut adalah haram. Namun jika ingin menyatakan pendirian kepada negara tersebut, maka boleh sahaja mencari kerja di tempat atau negara lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 162

message user image