BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1) bila solat berjemaah di masjid, saya pernah ditegur oleh pakcik sebelah saya untuk menguatkan suara kerana apabila membaca fatihah(qauli) perlu jelas dengar bacaan. Masa saya baca fatihah saya dapat dengar jelas bacaan saya cuma mungkin pakcik sebelah dengar seperti saya berbunyi psst pstt pstt, saya mempunyai suara yang sangat garau, jadi saya selalu membaca fatihah/tahiyat akhir dengan suara berbisik untuk tidak menganggu orang sebelah takut mereka terganggu semasa solat. Tapi saya dengar jelas bacaan saya. Sah ka solat saya? Sebab kalau saya guna suara biasa, kena tekan kan suara masa bacaan sebab suara saya dia macam tenggelam timbul. 2) saya duduk di bilik paling kecil dalam rumah, cuma cukup satu katil kecil Dan ditepi katil cukup untuk saya hamparkan sejadah untuk solat. Rumah berkeliling dengan hutan jadi banyak nyamuk, sah ka solat saya kalau saya pasang ubat nyamuk jenis lingkaran tu sebab bau asap dia melekat di baju/badan. Nak beli spray banyak kali saya kekurangan duit jadi saya pakai lingkaran nyamuk tu saja. Sebab bilik sangat kecil jadi Bau ubat tu memang melekat kt badan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Sah solat kerana syarat bacaan hanya perlu didengar oleh telinga sendiri, bukan orang disebelah kita. Malah jika bacaan itu sehingga boleh mengganggu orang disebelah kita hukumnya adalah makruh. 2. Sah, sebab hanya bau, bukan najis (tiada ainnya, bukan bahan yang bernajis). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 184

message user image