BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan status duit Saya pegang. Saya merupakan sorang guru dan telah membuat kutipan pibg. Setelah issue resit mengikut jumlah bayaran semua murid Saya mendapati ada lebihan bayaran. Sedangkan semua murid yang membayar mengikut jumlah Saya tulis amount nya dan minta mereka tandatangan sebagai bukti. Kesemua nya telah selesai tetapi ada lebihan baki duit pula. Saya tak ingat adakah itu duit yang Saya pernah dahulu kan atau duit siapa. Murid2 tiada yang membuat tuntutan bayaran kerana mereka bayar mengikut jumlah sepatutnya. Apakah status duit tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, sekiranya saudari ragu-ragu sumber duit tersebut adalah lebih baik saudari mewar-warkan penemuan duit tersebut kepada pihak PIBG atau pihak sekolah. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti tohmahan dan sebagainya. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan..” (Riwayat Bukhari dan Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 69

message user image

Fatal error: Uncaught yii\web\HeadersAlreadySentException: Headers already sent in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 437. in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php:373 Stack trace: #0 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php(346): yii\web\Response->sendHeaders() #1 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/ErrorHandler.php(136): yii\web\Response->send() #2 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/base/ErrorHandler.php(288): yii\web\ErrorHandler->renderException() #3 [internal function]: yii\base\ErrorHandler->handleFatalError() #4 {main} thrown in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 373