BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,apakah hukum menyebarkan berita palsu tanpa sengaja?baru tahu tentnag kesahihan berita tersebut sellepas menyebarkn berita. Apakah cara untuk bertaubat dari dosa ini? adakah perlu minta maaf kepada org tersebut? mohon penjelasan ustaz/ustazah kerana saya takut dengan dosa kaita dengan manusia.. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, firman Allah SWT di dalam Surah al-Hujurat ayat 6: يۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اِنْ جَاۤءَكُمْ فَاسِقٌ ۢ بِنَبَاٍ فَتَبَيَّنُوْۤا اَنْ تُصِيْبُوْا قَوْمًاۢ بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوْا عَلٰى مَا فَعَلْتُمْ نٰدِمِيْنَ Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". Berdasarkan ayat di atas, umat Islam dilarang menerima sebarang berita tanpa meneliti terlebih dahulu kesahihannya sebelum dipercayai atau disebarkan. Dalam erti kata lain sentiasa berhati-hati dan waspada pada setiap informasi yang diterima. Sekiranya telah menyebarkan perkara yang salah maka hendaklah bertaubat dan jika ia berkait dengan manusia hendaklah memohon maaf secara rasmi dan Tarik balik kenyataan tersebut. Sehubungan itu, perbanyakkanlah istighfar dan bertaubat serta sentiasa berdoa supaya diri sentiasa kekal dalam keadaan yang tetap di atas agama Allah S.W.T dan kepatuhan pada-Nya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image