BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, 2 hari yang lepas telah tular isu perkahwinan pemain hoki dari India dan gadis dari Johor. Keluarga teman lelaki saya juga dari agama Sikh, tapi beliau tidak percaya kepada Tuhan (ateism).. Namun begitu, beliau dan keluarganya amat baik dah saya sangat bahagia dengan beliau...beliau juga bersetuju untuk memeluk Islam jika kami berkahwin. Soalan saya ialah: (1) bagaimana cara terbaik untuk menerangkan tentang Islam kepasa beliau-hal ini kerana, kebayakan pembelajaran tentang Islam berkait dengan konsep "takut"/"fear" ...takut kepada Allah, untuk berdosa, takut kepada hari akhirat, takut kepada neraka-ini membuatkan saya rasa seperti agama kita hanya kepada rasa takut...adakah cara yang lebih baik untuk menerangkan falsafah Islam kepada orang bukan Islam..terutamanya kepada orang yang sangat scientific dan intelek dan tidak gemar kepada konsep kepercayaan hanya kerana takut..sekian terima kasih...


message user image

Jawapan  

Terima kasih kepada saudari kerana bertanya, Jadikanlah isu yang tular itu sebagai iktibar. Justeru, kita perlu lebih berhati-hati dalam menilai kebaikannya kerana kebaikan dalam Islam perlu dilihat dari segi akidah, syariah dan akhlaknya. Tidak memadai hanya dari segi tindak tanduknya semata-mata. Jika ada kekuatan adalah baik, jika kita dapat menarik teman keluarganya untuk mengenali Islam seterusnya menganutnya. Ia memerlukan kekuatan dan kemampuan dari segi ilmu dan kefahaman, kerana kita boleh sampaikan Islam tetapi penerimaan Islam sangat bergantung dengan hidayah daripada Allah SWT. Cara terbaik ialah kita istiqamah dengan Islam, dari segi kata-kata dan perbuatan supaya mereka akan lebih tertarik dengan keindahan Islam dari segi praktiknya. (Lidah perbuatan lebih tajam daripada lidah percakapan). Dalam Islam, ajarannya seimbang antara suruhan dan larangan. Suruhan dan larangan itu disimpulkan dengan perkataan taqwa yang sering diertikan sebagai takut. Takut kepada Allah tidak sama takut kepada makhluk seperti binatang buas. Hal ini kerana takut kepada makhluk kita perlu menjauhinya, tetapi takut kepada Allah kita perlu menghampiriNya dalam erti kata taat terhadap suruhan dan laranganNya. Sesungguhnya rahmat Allah lebih luas berbanding kemurkaanNya. Niat berbuat baik sudah ditulis (dikira) sebagai kebaikan. Kebaikan yang dilakukan akan digandakan mengikut tahap-tahapnya, berbanding dengan niat kejahatan atau keburukan tidak akan tercatit dengan keburukan kecuali setelah dilaksanakannya dengan nisbah satu keburukan dicatat satu keburukan. Selain itu keburukan yang disesali dan dihentikan (bertaubat) akan terhapus, sehingga tiada lagi keburukannya. Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh pencipta (Allah SWT). Islam agama yang diturunkan oleh Allah kepada manusia melalui rasul-rasul atau utusanNya sejak daripada utusan pertama nabi Adam hingga rasul terakhir nabi Muhammad SAW. Akidah yang dibawa oleh nabi Adam adalah sama dengan akidah rasul-rasul di setiap zaman hingga nabi Muhammad SAW . perkara yang berbeza ialah syariatNya (cara hidup dan ibadahnya) yang sesuai dengan setiap ketika. Sebagai Nabi terakhir ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah lengkap meliputi kehendak dan keperluan hidup manusia dari segi akidahnya (hubungan dengan penciptanya) secara menegak dan dari segi syariah dan akhlaknya (hubungan sesama manusia dan alam seluruhnya. Perasaan takut timbul kerana tidak memahami dengan jelas. Islam perlu dilihat dari segi manuskripnya (Al-Quran) bukan penganutnya yang kian takut sebagai peringatan supaya melakukan taat, tidak melanggar laranganNya, yang akhirnya merugikan dirinya. Hanya orang yang bersalah perlu takut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 183

message user image