BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam ustaz, saya ada soalan. Berkenaan ba'ait sumpah. Tahun ini adalah kali prtama saya mengundi saya adalah pengundi luar. Ketika masa mengundi saya mengundi pas. Dan untuk pengundi luar yang balik dapat duit RM200. Semasa mengambil duit tersebut saya tidak tahu pulak kena baca sumpah tersebut. Sumpah tersebut Bismillahi wabilahi watalahi saya bersumpah akan mengundi bn jika saya tidak mengundi bn murka Allah ke atas saya lebih kurang macam tu, sumpah tersebut ustaz. Macam mana dengan sumpah tersebut ustaz? Saya tidak tahu apa2. Ayah saya yang memasukkan nama saya utk mengambil duit. Mohon penjelasan dari ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, tidak salah bagi individu untuk bai’ah atau sumpah taat setia selagi mana kenyataan bai’ah tersebut tidak terkeluar daripada syariat dan peraturan Islam. Ia juga boleh menjadi haram dan berdosa sekiranya terma yang terkandung di dalamnya melanggar hukum Islam dan lebih menjurus kepada kepentingan parti atau pemimpin. Bai’ah ini kata-kata ikrar taat setia berlandaskan prinsip agama, tetapi sukar untuk memberi jaminan bahawa jika ia gagal dipatuhi, maka boleh menyebabkan kecelakaan atau kemurkaan Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 216

message user image