BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanya, kawan saya penganut kristian mempunyai niat untuk masuk islam dan serius untuk masuk agama islam, tetapi masalahnya dia tidak sempat mengucapkan 2 kalimah syahadah dan masuk ke hospital kerana tidak sedarkan diri, jadi kalau mintak doktor bisik lafaz 2 kalimah syahadah di telinganya adakah dia akan masuk islam dan selepas dia sihat dia kena lafaz semula atau pun dia tidak boleh masuk islam kerana tidak lafaz dua kalimah syahadah seperti biasa dan hanya doktor yang bisikkan walaupun dia serius untuk masuk agama islam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, seseorang itu belum lagi beragama Islam jika hanya dibisikkan kalimah syahadah ditelinga kerana antara syarat memeluk agama Islam adalah mengucapkan/melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam Bahasa Arab, pada masa mengucap Dua Kalimah Syahadah itu, seseorang hendaklah sedar/faham bahawa ia bermakna: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah" dan pengucapan/lafaz itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati tanpa ada paksaan.

Adalah dinasihatkan supaya disyahadahkan selepas seseorang itu kembali sihat sepenuhnya agar proses pengislamannya berjalan dengan baik. Bagi mana-mana individu yang menguruskan pengislaman seseorang hendaklah bertanggungjawab untuk memberi penerangan mengenai Islam, pengertian Dua Kalimah Syahadah, tugas dan kewajipan sebagai seorang Islam. Jika majlis pengislaman dibuat di hadapan selain daripada Pendaftar Muallaf, individu tersebut hendaklah bertanggungjawab membawa Saudara Baru tersebut kepada Pendaftar Muallaf bagi tujuan urusan pendaftaran.

Sekian, terima kasih. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 213

message user image