BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Ada perkhabaran yang menyatakan dan memperkatakan. Bahawa jangan bersihkan hidupan yang hidup diatas kubur si mati. Adakah ianya dilarang sama sekali? Kalau betul, kenapa? Sekian. Wassalam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, menurut mazhab al-Syafie hukumnya adalah haram. Hal ini berdasarkan perbahasan Ibn Hajar al-Haytami yang mana beliau menyatakan haram mencabut pelepah hijau yang lembap di atas kubur si mati kerana akan menghilangkan hak mayat kerana pelepah hijau tersebut bertasbih meringankan azab si mati. Akan tetapi, hukumnya tidak haram jika ia sudah kering dan tidak lagi diperlukan kerana jenazah sudah tidak mendapat manfaatnya bila ia kering.

Berdasarkan penerangan Ibn hajar ini dapatlah kita simpulkan bahawa sesuatu yang hidup seperti pelepah hijau adalah haram dibersihkan. Namun jika hidupan tersebut tumbuh meliar, dibolehkan untuk memotong atau mencabutnya agar kelihatan kemas dan bagi mengelakkan sebarang kemudharatan daripada binatang liar dan berbisa. Ini kerana Islam sangat mengutamakan kebersihan dan keselamatan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 72

message user image