BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya apakah hukum cubaan membuang tahi lalat menggunakan bahan-bahan mudah peroleh seperti madu atau bawang putih sedangkan tahi lalat tersebut tidak menyebabkan kemudaratan atau kecacatan dan apabila cubaan dilakukan ianya juga tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam menjawab persoalan di atas, Imam Khatib Asy-Syarbini di dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj ada mengatakan  hukum membuang tahi lalat adalah harus atas dua syarat:

  1. Proses membuang tahi lalat itu tidaklah memudaratkan diri
  2. Untuk menutup aib supaya nampak normal, selesa dan kemas

Membuang tahi lalat ini tidaklah termasuk dalam perbuatan yang mengubah ciptaan Allah SWT, kerana perbuatan ini bukanlah  melakukan sesuatu yang di luar daripada kebiasaan seperti pembedahan plastik untuk kecantikan. Ini adalah untuk membuang sesuatu yang tidak normal pada pandangan umum masyarakat dan yang paling penting prosesnya tidak membawa kepada kemudaratan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 409

message user image