BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamlmualaikum. Saya ada berapa soalan tentang ajaran Tape Diri, Bathamim dan yang terbaru APA

1) Adakah akidah dan amalan yang dilakukan benar dan sah

2) Apakkah hukum membayar sesuatu amalan itu dijazahkan boleh

3) Dalam amalan tape diri, bathamim, apa mereka mengambil amalan harus berperingkat dan jika ada amalan baru harus ambil supaya kekuaatan pada amalan baru adalah lebih hebat dan yang lama sudah tidak kuat. Kerana mereka yang mengamalkan amalan lama sudah tidak kuat. Dan setiap amalan itu ada bayaran

Saya mempunyai keraguan dalam ajaran ini kerana ada sahabat yang mengajak menyertai. Kerana ajaran ini lebih menfokuskan kepada pertahanan diri dan rawatan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Jabatan ini telah menekuni Ajaran Tape Diri atau  Ba Tha Mim 114  dengan merujuk  kepada  keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil.5/2015 yang bersidang pada  30 Julai 2015 yang lalu dan mendapati ajaran ini adalah bercanggah dengan syariah Islam dan semua ahli kumpulan hendaklah bertaubat daripada melakukan perkara-perkara tersebut. Sudah pasti keputusan yang dikeluarkan ini dibuat setelah  merujuk  kepada  kajian dan penyelidikan yang cukup  teliti dari semua sudut sebelum ianya diputuskan.. 

Perincian ajaran ini menyatakan bahawa::

1. Penggunaan jurus dan pukul tidak kena dalam aktiviti persilatan mengandungi perkara-perkara meragukan dan unsur-unsur kebatinan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam serta mempunyai persamaan dengan kumpulan Nasrul Haq yang sudah difatwakan sesat.

2. Perbuatan “Topup” bagi memberikan kembali semangat adalah khurafat dan ahli-ahli TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 perlu meninggalkan perbuatan tersebut. 

3. Perbuatan mewajibkan ahli beramal sebagai syarat kemasukan ke dalam kumpulan adalah menyalahi konsep ikhlas dalam Islam.

4. Konsep dakwah melalui unsur-unsur kebatinan dalam persilatan adalah tidak boleh dilakukan kerana ia mengundang kepada kerosakan akidah yang lebih besar. 

5. Semakan terhadap semua buku keluaran TAPEDIRI 65 didapati mengandungi banyak kesalahan-kesalahan yang serius.

 

Begitu juga dengan ajaran APA pula jika ianya menepati ciri-ciri di atas maka bolehlah dikategorikan sebagai muslihat kumpulan ini untuk menukar nama kumpulan. Jika terdapat perkara-perkara yang meragukan di dalam ajaran yang disebut sebaiknya aktiviti mereka dilaporkan kepada pihak berkuasa agama.

 

والله أعلم بالصواب

 

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 684

message user image