BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya seorang surirumah , saya ingin bertanya , saya kerap bermimpi duduk di rumah kayu lama seperti istana lama besar dan dirumah tu saya kerap jumpa orang-orang yang telah meninggal dunia, dikalangan kawan2 dan saudara mara, saya belum pernah merasa mimpi di lokasi yang sama kerap kali. Dalam mimpi itu saya bahagia sangat rasa sangat tenang duduk di rumah kayu besar tu tanpa anak dan suami, tiada kejadian menakutkan , dalam mimpi tu saya menerima tetamu di kalangan arwah kawan-kawan ,atok nenek dan makcik pakcik semua dalam keadaan suka dan bahagia . Mintak ustaz atau ustazah boleh beritahu adakah mimpi saya itu tanda sesuatu yang buruk atau sekadar mimpi? sebab saya risau mimpi dah dekat 2 tahun tempat yang sama dan saya juga ada anxiety, saya risau tanya pada orang yang kurang arif akan terpesong akidah , itu saja soalan saya , terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Menurut maklumat mimpi yang dimaklumkan oleh puan, gambaran bahagia yang diperlihatkan kepada puan menunjukkan satu petanda yang baik kepada ahli keluarga dan kenalan puan yang telah meninggal dunia. Pada kebiasaannya gambaran tersebut menzahirkan bahawa mereka dalam keadaan baik di alam barzakh mendapat kedamaian dan kerahmatan dari Allah SWT. Namun begitu, kita sebagai insan yang masih hidup di dunia ini masih dianjurkan untuk sentiasa mengirimkan doa kebaikan kepada mereka tanpa jemu.

Sesungguhnya hanya Allah SWT yang menentukan manfaat atau mudharat kepada seseorang dan mimpi tidak menentukan apa-apa. Ia hanya merupakan alamat atau isyarat dari Allah SWT supaya setiap hamba sentiasa menghampirkan diri kepadaNya. Apa yang perlu dilakukan oleh kita yang masih hidup adalah sentiasa meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWt dengan mengukuhkan ilmu pengetahuan dalam beragama dan memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekalan menuju hari pembalasan. Kita juga disarankan untuk mengambil iktibar daripada amalan kebaikan yang pernah dilakukan oleh saudara mara dan kawan-kawan yang telah meninggal dunia untuk kita turut beramal dengannya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 256

message user image