BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM,SOALAN SAYA,1. APAKAH HUKUMNYA KALAU KITA MEMAGAR RUMAH?​​​​​​.​​​​​​2. ​​APAKAH HUKUMNYA MELAWAN KEKUASAAN ALLAH?.3. APAKAH HUKUMNYA KALAU KITA BERMASAM MUKA DENGAN KELUARGA KITA?.4. APAKAH HUKUMNYA KALAU MENANAM URI BAYI DAN BOLEH KE KITA MELETAKKAN LILIN DAN SEBAGAINYA, DEKAT TEMPAT YANG KITA TANAM URI BAYI ITU?. MOHON PENCERAHAN USTAZ/USTAZAH. TERIMA KASIH.

​​​​

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan,

1. Memagar rumah dengan pagar fizikal adalah harus bagi tujuan keselamatan dari pencuri dan sebagainya. Adapun memagar atau melindungi rumah daripada gangguan syaitan, sihir dan jin, maka ia diharuskan selagi tidak bercanggah dengan Hukum Syarak iaitu membaca ayat al-Quran atau zikir-zikir yang warid sebagai ikhtiar dengan penuh keyakinan bahawa yang berkuasa melindungi kita hanyalah Allah SWT. 

2. Haram melawan kekuasaan Allah SWT kerana kita sebagai hamba adalah lemah dan sentiasa bergantung kepada bantuan serta pertolongan Allah SWT. Bagaimana seseorang boleh melawan kekuasaan Allah SWT sedangkan dirinya sendiri dicipta dan diberi rezeki oleh Allah SWT.

3. Haram bermasam muka degan ahli keluarga tanpa sebab atau disebabkan masaalah peribadi melebihi tiga hari. 

 لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ، يَلْتَقِيَانِ, فَيُعْرِضُ هَذَا، ويُعْرِضُ هَذَا، وخَيْرُهُمَا الَّذِي يَبْدَأُ بِالسَّلَامِ

Maksudnya: Tidak halal bagi seorang muslim untuk memutuskan hubungan dengan saudara sesama Islam melebihi tiga malam, seorang ini berpaling begitu juga seorang lagi, dan yang terbaik adalah yang memulakan salam dari kalangan mereka.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Sunat menanam uri bayi. Adapun perbuatan meletakkan bahan seperti lilin pada tempat ditanam uri tersebut, ia tidak disyariatkan dan haram jika dibuat dengan kepercayaan tertentu tanpa berlandas dalil Syarak.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 215

message user image