BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Saya ada seorang kawan yang mempercayai kambing adalah jelmaan syaitan sehinggakan beliau tidak mahu memakannya. Saya percaya ini adalah pengaruh media barat yang kerap memaparkan sosok kambing sebagai jelmaan syaitan dan selalu digunakan sebagai sebahagian alat pemujaan syaitan. Apakah hukumnya mempercayai perkara sebegini, dan bagaimanakah asalnya kepercayaan ini wujud serta bagaimana untuk menyedarkannya jika ini adalah perkara khurafat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Binatang ternakan (al-an'aam) seperti kambing, lembu dan unta adalah binatang yang halal dimakan menurut Hukum Syarak. Bahkan dalam situasi tertentu, disunatkan menyembelih binatang ternakan dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti mengadakan jamuan sempena kelahiran (akikah) dan ibadah korban. Firman Allah SWT di dalam surah al-An'aam ayat 1;

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِۚ أُحِلَّتۡ لَكُم بَهِيمَةُ ٱلۡأَنۡعَٰمِ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ غَيۡرَ مُحِلِّي ٱلصَّيۡدِ وَأَنتُمۡ حُرُمٌۗ إِنَّ ٱللَّهَ يَحۡكُمُ مَا يُرِيدُ 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak  kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang ternakan itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.

Kepercayaan atau keimanan seseorang hendaklah bertepatan dengan prinsip Islam. Sekiranya sesuatu kepercayaan bercanggah dengan ajaran Islam sama ada berpunca daripada pengaruh agama lain atau dakyah songsang musuh Islam, maka hukumnya adalah haram dan wajib dijauhi.

Seseorang yang terpengaruh dengan media barat yang memaparkan sosok kambing sebagai jelmaan syaitan dan selalu digunakan sebagai sebahagian alat pemujaan syaitan wajib bertaubat dan meninggalkan kepercayaan tersebut. Kepercayaan karut ini adalah salah satu daripada jarum syaitan untuk memesongkan akidah umat Islam yang sepatutnya percaya kepada sesuatu yang bersumberkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi mudharat dan manfaat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 175

message user image