BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...maaf bertanya...sy rasa soalan sy Ade Sy hamba Hina ... Sy dulu mmg tk solat...tp kalau solat kejap solat kejap tidak...Ade suami baru solat Ade mak mertua baru solat...kalau solat Pon dia Ade Sy solat tk de sy bangon... Adakah bila sy taubat nasuha menyesal di atas perbuatan sy Allah masih ampunkan? Sy takot ... Dan dulu Masa sy darjah 6 mak suruh sy ngaji tp Sy ngaji main2... Ngaji tp ntah merapu Sy ngaji... Sy tkot jatuh kafir... Minta pemcerahan sy ingin bertaubat...sy ingin redha Allah sy ingin jd hamba Allah yg TERBAIK... Mohon bantu sy apa yg perlu sy lakukan... Adakah dosa munafik besar Allah tidak ampunkan..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, keinginan saudari untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat sangat dituntut. Mudah-mudahan dosa tersebut diampunkan oleh Allah SWT kerana Allah Maha Pengampun dan Amat Mengasihi sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisa' ayat 106 :   

وَٱسۡتَغۡفِرِ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا

Maksudnya: Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Di dalam surah Al-Zumar ayat 53, Allah SWT berfirman:

قُلْ يَاعِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Namun di dalam surah Al-Nisa' ayat 116, Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا 

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Adapun, apa yang saudari lakukan itu tidak menyebabkan saudari terkeluar dari agama Islam atau menjadi kafir. 

Berhubung solat fardu yang ditinggalkan, ia merupakan tanggungjawab individu itu sendiri (ibadah badaniyyah) yang menjadi tiang agama. Sekiranya ditinggalkan dengan sengaja, hukumnya berdosa. Wajib bertaubat dan qada' (ganti) solatnya. Maka hendaklah diqada’ (ganti) semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Saudari hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Di samping itu, perbanyakkanlah istighfar dan serahkan sahaja urusan kesilapan yang telah berlalu kepada Allah SWT. Yakinlah dengan pengampunan dan rahmat Allah SWT. 

Adalah disarankan berdasarkan kepada mazhab Syafi’i, untuk puan mengamalkan solat sunat al-Awwabin. Al-Awwabin bermaksud orang-orang yang sentiasa bertaubat. Waktunya adalah di antara selepas solat fardu Maghrib hingga masuk waktu Isya’. Sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebaik-baiknya 6 rakaat dengan 3 kali salam. Semoga segala amal soleh dan taubat kita akan diterima oleh Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 223

message user image