BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Boleh saya minta pandangan Ustaz/Ustazah?

Adakah perkataan “RAMAL” boleh digunakan utk Allah?

Adakah perkataan ramal sama maksud dengan RANCANG?

Contoh ayat:

Kita “meramal”, Allah juga “meramal”, tetapi Allah lah sebaik-baik “peramal”

Adakah sama dengan:

Kita “merancang”, Allah juga “merancang”, tetapi Allah lah sebaik-baik “perancang”

Terima kasih atas kesudian pihak tuan menjawab.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Berdasarkan carian di laman Dewan Bahasa Dan Pustaka perkataan ramal adalah merujuk kepada 'sesuatu yang dijadikan pegangan untuk melihat nasib atau untuk mengetahui sesuatu yang akan berlaku'.

Manakala perkata rancang pula merujuk kepada 'sesuatu yang diatur, difikirkan masak-masak dan direncanakan terlebih dahulu'

Berdasakan definisi dari sudut bahasa kedua-dua perkataan ini memberikan maksud yang sangat berbeza.

Dalam konteks firman Allah SWT dalam surah ali-Imran ayat 54:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Maksudnya: 

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya".

Perkataan ( مَكَرُ ) tidak sesuai diterjemahkan sebagai 'ramal'. Kerana dalam konteks ayat ini terjemahan yang tepat adalah 'perancangan jahat', ianya bukan perancangan biasa tetapi perancangan yang penuh tipu daya dan muslihat sesuai dengan konteks ayat yang diturunkan oleh Allah SWT ini.

Oleh itu, perkataan yang sesuai adalah kita merancang tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang.

والله أعلم بالصواب

 

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 257

message user image