BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz/Admin. Saya nak tanya sikit berkenaan kiraan hari untuk membolehkan saya jamak & qasar. Saya akan ke China pada 15/1/2018 flight 11:25mlm sehingga 20/1/2018 flight 5:50pg. Boleh saya tahu macam bolehkah saya rukhsah solat saya. Saya keliru cara pengiraan hari 3hari tidak termasuk pergi & balik.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan, kaedah pengiraan hari adalah bermula apabila saudara telah tiba di China dan jika saudara berada di China tidak melebihi 3hari maka boleh dilakukan solat Jamak & Qasar. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 634

message user image