BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum mufti,saya nak tanya....haritu di asrama saya ada bergurau dengan kawan saya.....kebetulan kawan saya tu baru habis makan nasi dan masuk bilik saya sambil masih ada sisa nasi di tangan dia.... Saya pun bergurau dgn dia sambil berkata kalau kau nak masuk bilik sini kau kena fight ngn aku sbb aku ketua (lebih kurang macam ni la ayatnya saya pun tak berapa ingat)...Masa saya nak pergi dekat dia untuk bergurau... kebetulan dia baru lepas abis makan nasi dan ada sisa nasi di tangannya.... waktu saya pergi dekat dia...dia pun jilat dia punya jari....Saya pun cakap la dekat dia "ishh jilat jari la pulak" ataupun "ishh jilat tangan la pulak" ( lebih kurang macam tu ayat saya kata kepada dia saya pun tak berapa ingat)....Memang sebelum ini saya pernah mendengar bahawa jilat jari selepas makan adalah sunnah nabi.....Pertanyaan saya mufti,sebelum ini saya pernah mendengar bahawa sesiapa yang menghina sunnah nabi maka dia telah jadi kafir...adakah dengan berkata kepada kawan saya "ishh jilat tangan la pulak ataupun "ishh jilat jari la pulak" telah menyebabkan saya jadi kafir.... Padahal dalam hati saya tidak ada sedikit pun terlintas untuk menghina sunnah nabi pada masa itu...saya harap mufti dapat membantu saya menjawab soalan saya ini 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing. 

Merujuk kepada persoalan saudara, gurauan atau jenaka tersebut tidaklah menyebabkan terbatalnya aqidah atau murtad kerana ia bukan menghina Sunnah Nabi SAW. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa etika apabila hendak bergurau atau berjenaka, antaranya adalah:

  1. Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan.
  2. Tidak menjadikan maruah seseorang itu sebagai gurau senda.
  3. Tidak menipu dalam berjenaka, dan
  4. Tidak mempermainkan syiar agama.

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 159

message user image