BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Ada kepercayaan bahawa jika ada anak dara makan sireh akan cepat jodohnya sampai.Adakah kepercayaan ini bertentangan dengan ajaran islam?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan tuan, kepercayaan mitos memakan sireh boleh mempercepatkan jodoh seseorang adalah kepercayaan karut yang boleh menjejaskan aqidah seseorang.  Dalam erti kata lain, ia adalah kepercayaan yang tidak ada sandaran hukum atau dalil syarak yang boleh membawa kepada kekufuran dan wajib bertaubat jika mempercayainya. Sebagai seorang  Islam, sewajibnya kita berikhtiar ke atas sesuatu dan bertawakal kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahaja yang perlu kita serahkan dan harapkan, bukannya dengan kepercayaan karut marut. Seandainya ia berlaku, ia berlaku secara kebetulan dan dengan kehendak serta ketentuan Allah SWT semata-mata.  

Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 123 :

وَلِلّٰهِ غَيْبُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَاِلَيْهِ يُرْجَعُ الْاَمْرُ كُلُّهٗ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۗ وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُوْنَ

Maksudnya: Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepada-Nyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepada-Nya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 182

message user image