BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Ada pengamal perubatan islam menyatakan bahawa ada gangguan jin didlam badan hanya dengan mengetahui nama sahaja tanpa berjumpa,adakan perkara ini boleh dipercayai dan didalam islam adakah manusia yg mempunyai kehebatan seperti ini


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

..الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perubatan Islam merupakan salah satu kaedah dalam merawat penyakit khususnya penyakit yang melibatkan gangguan jin atau makhluk halus. Hukum berubat atau mengamalkan rawatan perubatan Islam adalah harus selama mana ia tidak bertentangan dengan syarak dan tidak bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Pengamal perubatan Islam yang terlatih hanya akan membuat rawatan dengan bacaan doa dan menggunakan ayat-ayat al-Quran yang jelas semasa sesi rawatan. Pengamal perubatan yang diiktiraf dan berkelayakan mampu mengenal pasti jenis-jenis penyakit yang dihadapi oleh pesakit berdasarkan ilmu dan kepakaran masing-masing menggunakan kaedah rawatan yang dipelajari sama ada dengan bersemuka mahupun sekadar mendapatkan maklumat seperti nama dan beberapa maklumat yang dikehendaki. Pengamal perubatan hanyalah sebagai usaha dan ikhtiar sahaja dan kita sebagai hamba perlu berkeyakinan bahawa penyembuh sebenar adalah Allah SWT. Allah yang berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit.

Seandainya terdapat orang yang mendakwa berkebolehan seperti dalam soalan yang dinyatakan maka hendaklah berhati-hati. Selidik dan buatlah rujukan kepada mereka yang pakar serta ahlinya yang boleh dipercayai.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 158

message user image