BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah benar jika kita buang air panas di dalam tandas, nanti kita akan diganggu oleh jin dan makhluk halus? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan,

Sememangnya syaitan dan jin gemar berada di tempat yang kotor seperti tempat pembuangan sampah dan tandas. Islam menganjurkan adab-adab tertentu apabila masuk ke tandas seperti membaca doa apabila hendak masuk ke tandas. Sebagaimana hadis yang dirwayatkan daripada Anas bin Malik RA, apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas, baginda membaca : 

بِسْمِ اللَّهِ، اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Maksudnya: Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan jantan dan syaitan betina” (Riwayat al-Bukhari)

Tiada dalil yang menyatakan bahawa apabila mencurah air di tandas akan menyebabkan seseorang itu diganggun oleh syaitan atau jin. Namun, Curahan air panas yang dibuang dalam tandas mungkin dibimbangi menjadi asbab mereka terganggu kerana sifatnya yang panas dan menyakitkan makhluk tersebut. Oleh itu, elakkan daripada mencurahkan air panas ke dalam lubang tandas. Walau bagaimanapun, jika perlu berbuat untuk membaiki saluran tersumbat atau seumpamanya, hendaklah dimulakan dengan bacaan doa dan memohon perlindungan kepada Allah SWT.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 243

message user image