BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalaamualaikum wm.wt.

Saya seorang Juruukur Tanah. Saya diminta oleh wakil pihak kuil untuk mengukur dan mengesahkan kawasan bagi tujuan tapak kuil (Hindu) bagi permohonan rasmi kepada pihak kerajaan untuk tapak rumah ibadat mereka di Negeri Selangor. Adakah boleh saya mengukur dan selanjutnya mengesahkan permohonan tanah kerajaan tersebut untuk tujuan tersebut. Sekian, terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum asal bagi kerja mengukur dan mengesahkan kawasan/tapak adalah harus. Bagaimanapun apabila diketahui kerja mengukur dan mengesahkan kawasan /tapak untuk pembinaan kuil, maka terdapat unsur syubhah di situ. Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama selain Islam adalah dilarang kerana ia termasuk dalam perbuatan tolong menolong dalam kemungkaran, sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2 :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan, dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. 

Hal ini berdasarkan kaedah yang mengarahkan seseorang Muslim itu agar memelihara dirinya daripada terjebak dalam sebarang perkara yang boleh menyebabkan timbulnya salah faham terhadap dirinya sendiri:

اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ

Maksudnya: Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.

Kaedah ini diambil daripada kata-kata Saidina Umar RA,

مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ

Maksudnya: Barangsiapa yang menempuhi, laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.

Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk baik untuk jangka masa pendek mahupun panjang. 

 

Sekian, terima kasih.   

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 189

message user image