BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Kebanyakan rumah jenis kondominium mempunyai kolam renang dan gymnasium, semua penduduk akan membayar duit penyelenggaraan untuk menyelenggara semua kemudahan di kondominium tersebut. Adakah pembayar juga akan berdosa sekiranya kemudahan itu digunakan oleh orang lain sama ada Islam atau bukan Islam jika berlaku percampuran lelaki dan perempuan atau jika aurat tidak ditutup? Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, penduduk yang membayar duit penyelenggaraan bagi kemudahan mereka di kondominium tidaklah menanggung dosa mereka yang menggunakan kemudahan tersebut, kerana setiap orang Islam yang baligh, mumaiyiz, berakal, dan waras adalah dipertanggungjawabkan perbuatan baik dan buruk mereka ke atas diri masing-masing. Siapa yang melanggar peintah Allah dan melakukan dosa, mereka tidak menanggung dosa orang lain, melainkan dosa dirinya sendiri, Sebagaimana firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)”. (al-Isra’: 15) Namun, jika tidak demikian (kerana ada share (premis bersama)), maka tetap dapat dosa kerana tidak mencegah kemungkaran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 93

message user image