Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam, sahkah puasa pada hari naqa' selepas mandi wajib?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, waktu naqa’ adalah waktu darah haid berhenti seketika dan waktu itu adalah dikira dalam tempoh waktu haid. Sah puasa tersebut apabila dapat dipastikan waktu naqa’ itu melebihi 24 jam daripada tempoh berhenti darah haid. Bagaimanapun, apabila darah haid keluar semula selepas itu (selepas waktu naqa’) adalah perlu untuk mengganti puasa tersebut kerana ia dikira pada waktu haid dan perlu qada’ puasa selepas Ramadhan. Hadis yang diriwayatkan daripada Mu’adzah R.A katanya
Maksudnya : Aku bertanya kepada ‘Aisyah R.A., “Mengapa orang haid wajib qada’ puasa, tetap tidak wajib qada’ solat?”. Jawab ‘Aisyah, “Apakah kamu orang Haruriyah?”. Jawabku, “Bukan, Aku bukan Haruriyah! Tetapi aku bertanya”. Jawab ‘Aisyah, “Itulah suatu keuntungan bagi kita (wanita). Kita diwajibkan mengqada’ puasa tetapi tidak diwajibkan mengqada’ solat”. (Riwayat Muslim)
Sekian, terima kasih.