BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

 

Seorang wanita telah putus haid selama 2 tahun akibat dari suntikan perancang. Beliau telah putus haid semenjak dari bulan 10/ 2019. Pada bulan 9 / 2021 beliau telah diceraikan dan masih tidak mempunyai haid. Apakah tempoh beriddah beliau?

Jika beliau telah melangsungkan perkahwinan selepas dari 5 bulan perceraian beliau adakah hukum pernikahan tersebut dari hukum syarak? Semasa pernikahan berlaku haid beliau masih tidak ada.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kenyataan yang diberikan, tempoh iddah beliau adalah mengikut tempoh iddah wanita yang telah putus haid atau tidak ada haid iaitu 3 bulan qamariah bermula dari tarikh beliau diceraikan oleh suaminya. Firman Allah SWT dalam surah at-Talaq ayat 4:

وَٱلَّـٰۤـِٔی یَىِٕسۡنَ مِنَ ٱلۡمَحِیضِ مِن نِّسَاۤىِٕكُمۡ إِنِ ٱرۡتَبۡتُمۡ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَـٰثَةُ أَشۡهُرࣲ وَٱلَّـٰۤـِٔی لَمۡ یَحِضۡنَۚ  

Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang sudah terputus haidnya (menopaus) dari kalangan isteri-isteri kamu sekiranya kamu ragu-ragu (berkenaan iddahnya) maka iddah mereka adalah tiga bulan (qamariah) dan begitu juga perempuan yang tidak ada haidnya."

Oleh itu, jika beliau melangsungkan perkahwinan selepas 5 bulan dari tarikh perceraiannya, maka akad nikah tersebut adalah sah. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 69

message user image