Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum orang yang biasa berpuasa sunat pada hari Isnin dan khamis berpuasa pada Syawal tanggal 1 jika hari raya jatuh pada hari Isnin atau Khamis?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika 1 Syawal jatuh pada hari Isnin atau Khamis, maka haram berpuasa sunat pada hari tersebut dan tidak sah puasanya. Ini berdasarkan kepada dalil hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA :
Maksudnya : Rasulullah SAW melarang puasa pada dua hari, iaitu Hari Raya Eiduladha dan Hari Raya Eidulfitri (Riwayat Muslim)
Sekian, terima kasih.