BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya ada persoalan berkaitan Ijtihad dalam mengeluarkan suatu fatwa. Adakah boleh berlaku penggabungan metod antara Ijtihad Intiqa’i dan Insya’i dalam menetapkan suatu hukum/fatwa? Kalau boleh berlaku penggabungan antara 2 metod ini, apakah antara contoh fatwa yang telah dikeluarkan tersebut.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد    

Ijtihad Intiqa'i adalah usaha yang dilakukan oleh para mufti atau ulamak dalam memilih pandangan para fuqaha' terdahulu yang sesuai untuk dipraktikan dalam situasi semasa. Adapun Ijtihad Insya'i adalah usaha yang dibuat oleh para mufti atau ulamak untuk menentukan hukum dalam perkara baharu yang belum pernah dibincangkan oleh para fuqaha' yang terdahulu.

Sebagai contoh, Fatwa Hukum Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Pembayaran Elektronik yang telah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan pada 6 Januari 2011 adalah contoh gabungan dua kaedah ijtihad ini. Dari satu sudut pembayaran elektronik, ia adalah perkara baharu yang belum pernah dibincangkan oleh para fuqaha' dan memerlukan kepada penentuan hukum. Adapun penglibatan syarikat komunikasi atau bank menjadi wakil kepada pembayar zakat, ia merupakan perkara yang telah disepakati oleh para fuqaha' dengan syarat yang telah ditetapkan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 280

message user image