BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Jika seseorang tidak beramal sepenuhnya  dengan mazhab shafie adakah seseorang dikira sebagai mengikut mazhab shafie .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan; jika seseorang tidak beramal sepenuhnya iaitu mengambil pandangan mazhab lain ketika terdapat keperluan atau darurat terutama dalam permasalahan ibadah dan muamalat yang dikategorikan sebagai permasalahan ijtihadiyyah maka seseorang itu masih boleh dianggap sebagai mengikut mazhab Syafi’i.

Hal ini kerana, bermazhab bermaksud mencari kefahaman terbaik terhadap hukum syarak berasaskan dalil yang berbentuk zanni (tidak pasti/berkemungkinan) serta kaedah pendalilan yang tepat menurut ijtihad ulama mazhab. Dengan mengikuti mazhab tertentu, ia membolehkan masyarakat mengamal agama dengan kefahaman yang benar dan tersusun. Para imam mazhab yang muktabar sudah merintis jalan ini agar orang awam lebih mudah memahami ajaran Islam itu sendiri. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Anbia’ ayat 7:

فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui.

Walau bagaimanapun, sebagai orang awam yang berada di Malaysia merujuk serta beramal dengan mazhab Shafi'i lebih selamat supaya dapat mengelakkan berlaku kecelaruan dalam amalan seharian dan juga ibadah umat Islam di Malaysia.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin.

والله أعلم بالصواب   


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 204

message user image