BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum. Hukum berangan-angan kahwin dengan crush adalah haram. Tetapi, adakah iamya dikira melanggar rukun beriman kepada qadha dan kadar, walaupun cuma berangan2?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Merujuk kepada persoalan, hukum berangan-angan pada perkara yang membawa kebaikan serta disertai usaha yang murni adalah diharuskan. Manakala, berangan-angan pada perkara-perkara yang lagha adalah ditegah dalam Islam tetapi tidaklah ia dikira melanggar ketentuan qada' dan qadar.

Namun begitu, saudari perlu jelas tentang konsep qada' dan qadar yang terdapat dalam rukun iman. Qada' ialah perkara yang diputuskan oleh Allah SWT terhadap segala makhluk-Nya sama ada dari sudut menciptakannya, mentiadakannya atau mengubahnya. Manakala, qadar pula ialah perkara yang telah ditetapkan kadarnya oleh Allah SWT semenjak azali selaras dengan ilmu-Nya yang mendahului setiap perkara. Beriman dengan qada' dan qadar bererti menerima segala ketentuan dan ketetapan Allah SWT dengan hati yang redha. Adapun mengingkari qada' dan qadar bererti menolak atau tidak menerima ketentuan atau ketetapan Allah SWT. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2022
Jumlah Pelawat : 400

message user image