BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya tentang hukum menggunakan perkhidmatan kad kredit. Saya telah menemui dua pendapat, 1) Sebagai seorang muslim, adalah haram untuk menggunakan kad kredit konvensional walaupun berazam untuk membayar amount bulanan sebelum dikenakan "interest". Pendapat ke-dua(2) pula mengatakan adalah halal menggunakan kad kredit sekiranya bayaran bulanan dibuat sebelum dikenakan "interest" Saya cuba mencari jawapan di laman web fatwa ini. Semoga dapat bantu saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, apabila seseorang itu berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat faedah riba tetapi berazam sentiasa menjaga tempoh bayaran semula sebelum dikenakan faedah riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai tidak harus terutamanya di waktu wujud kad kredit yang berkonsepkan Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 112

message user image