BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, nak tanya, saya seorang isteri..

Saya gaduh dgn suami .

Saya mesej suami dan dlm mesej saya berkata, ” hati saya berbelah bagi,minta maaf sangat²”.

Suami jawab : ok

Kemudian saya mesej lagi:

” saya tak boleh ( maksud hati saya kata,xboletak boleh nak teruskan pernikahan ini), maaf sangat²,

Suami jawab :”ok.

 

Situasi diatas ,boleh dianggap sudah terjadi talak ke, sudah jatuh talak ke?

Terima kasih, harap dpt membantu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Persoalan berkaitan jatuh talak atau tidak berkenaan mesej yang puan hantar kepada suami puan iaitu "saya tak boleh (maksud hati saya kata, tak boleh nak teruskan pernikahan ini), maaf sangat-sangat" dan suami menjawab "ok".

Dalam isu ini, perlu ditanya kepada suami, apakah maksud atau niat suami melafazkan "ok" tersebut. Sekiranya maksud "ok" itu adalah cerai atau talak, maka ia boleh membawa kepada jatuhnya talak. Sekiranya bermaksud selain dari itu, maka talak tidak berlaku. 

Walau bagaimana pun, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, maka puan atau suami hendaklah merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 58

message user image